Thursday, December 23, 2010

samb...sudu,epal & cherry

Salam kawan2...Abg Embam nk bercerita mengenai kisah "sudu,epal & cherry" yang boleh dijadikan pedoman hidup....Selamat membaca..=)

Setelah beberapa purnama berlalu,keadaan sudu dan cherry yg sering kali berkelahi akhirnya reda tatkala muncul sekoq tupai yg chomel,...
Si tupai ni menggemari si cherry dan si tupai ini juga adalah seorang rakan kepada sudu...
Situpai selalu sgt menasihatkan supaya mereka berbaik2...tp ntah la,kdg2 mereka ni kepala batu guk...

tp dalam masa yg sama die harus berhati2 kerna cherry adalah suatu yg sukar untuk di handle...
nmun tupai terus berusaha tuk menangi hati si cherry...hahha..
tp nyata si tupai mmg x mampu...tp bg si tupai,biar ape pun yg terjadi antara epal,sudu n cherry seharusnya dianggap ade hikmah disebalik sume 2...

Dan rase nye hikmah disebalik sume ni dpt dirasai oleh diri masing2...
dan ade sesuatu si tupai dapat pelajari dari segala tragedi ini...
iaitu kita harus la menghargai sesuatu itu sebelum ianya terlambat tuk dihargai...

apa yg dapat si tupai harapkan semoga semua ini akan berakhir dengan senyuman....
dan dengar cerita bahawa si epal berjaya juga memenangi semula hati si cherry...(bagus la 2...pas ni harap kalian gembira)
dan si sudu pula mungkin sudah jumpa ngan pasangan hidupnya...(didoakan supaya sudu happy ngan mr garfunya)
manakala si tupai...mungkin sudah ditakdirkan bersama dgn si honeydew pujaan...
dan situpai harap sgt honeydew nya akan terus kekal bersamanya...

dan situpai harap sume ni berakhir ngan kegembiraan...
untuk cerita situpai n honeydew dgn lebih lanjut,akan ditulis lagi oleh Abg Embam bila sume nye berjalan lancar...tggu ea episod yg akan datang wahai adik2...

Selamat Tahun baru...=)


Monday, November 1, 2010

Kampung Mawai

Salam sume,
Dah 2 bulan saya x update ape2 kat blog ni...tapi xpe,kali ni saya nk share sikit pasal kampung Mawai Baru & Kampung Mwai Lama. Kampung ini terletak di daerah Kota Tinggi dan kampung ini juga adalah salah sebuah kampung angkat Agensi Kejora...
Disini saya ada kongsikan beberapa keping gambar sekitar kampung dan pekerjaan penduduk kampung...Peace everyone...=)

Saya bersama pekerja ladang tanaman sayur di Kampung Mawai

Mak Bedah sedang meraut daun nipah untuk dijadikan pembungkus otak-otak


















Friday, September 3, 2010

Lagu Raya-Saloma_Selamat Hari Raya

Thank You So Much

Thank you so much...(12x)
*coz you make me smile even it was just for a while...thank you...(^_^)
*coz you make me feel happy even it was just for a while... thank you...(^_^)
*coz you make me feel more confident 2 be myself...thank you...(^_^)
*coz you had teach me how to use photoshop action...thank you...T_T"
*coz you show me how to use team viwer...thank you...T_T"
*coz you want to share your past with me...thank you...(^_^)
*coz you give me a chance 2 trying to be love someone again...thank you...(^_^)
*coz you were received my present that i give...(use it always and make it as ur friend)(^_^)
*coz you always smsing me even in the middle of the nite... thank you...(^_^)
*coz you want 2 pick up my phone even i dont know that you were sincere or not when you pick up my call...(mntak2 ikhlas la ye)thank you...(^_^)
*coz you had make me change my phone number to the maxis again...even i am not use the maxis 4 along time...thank you...(^_^)
*coz you wanna be my friend...before this i dont expect that you wanna be my friend...
THANK YOU...(^_^)

Everything all about Thank You...
and the most thank you I should say was to Allah because give me a chance to know someone like her...
Thank You Allah...
Make a friendship because of Allah...amin...(^_^)

And Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir BAtin=)


Dont Give Up Before U Try It!!!

I dont know what was happened to me this month...
everything was happened so fast...
I met her in just a second and
I AM IN LOVE with her????
hahaha...

What wrong with me???
Is it I am fall in love with her or
i am just feeling it by myself ???
Tell me if i was WRONG...
Tell me if i was NOT FOR u...
tell me please...TELL ME

I am trying 2 be a better man...
I am just trying 2 make u smile always...
I am just trying 2 make u happy...
Please don't give up before u try it...


Tuesday, August 3, 2010

Raihan Dan Man Bai - Harapan Ramadhan (FULL SONG + LYRICS)

Puasa oh Puasa



Salam...diam x diam da nk pose kan... da 3 tahun ni aq pose dlam suasana kerja yg berbeza2... mau x nye tiap2 tahun tukar kje...hahaha
tp xpe,yg penting pose tetap pose... kat sni guk aq nk kongsikan skit pengetahuan kenapa perlu kite qada puasa kite b4 ramadhan... selamat membaca...=)

Wajib qada puasa sebelum Ramadan tiba


APABILA tiba Rejab, ia menandakan Ramadan akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Ramadan ialah penghulu segala bulan yang menjanjikan kelebihan luar biasa serta membuka peluang seluas-luasnya kepada setiap Muslim memohon keampunan Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Sebab itu, kenikmatan dan kerinduan menunggu Ramadan hanya dapat dirasai jiwa yang peka terhadap hak dan tuntutan Allah. Puasa adalah perkara asas dalam Islam. Ia antara tiang asas kepada agama yang menjadi kayu ukur tahap keimanan seseorang Muslim. Namun, Islam tidak pernah sekali-kali memberatkan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditunaikan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah al-Baqarah ayat 286). Justeru, terdapat sebahagian daripada kita yang mendapat rukhsah puasa pada bulan Ramadan lalu iaitu kebenaran meninggalkan ibadat puasa apabila berhadapan keadaan tertentu seperti orang yang dalam musafir, wanita haid atau nifas, hamil, masalah kesihatan atau melakukan kerja yang terlalu berat. Bagaimanapun, rukhsah bukanlah untuk mengecualikan mereka daripada ibadah puasa tetapi wajip qada' (ganti) puasa itu. Firman Allah yang bermaksud: "(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain". (Surah al-Baqarah, ayat 184) Mungkin terdapat golongan masyarakat yang amat teruja melakukan amalan puasa sunat tetapi menunaikan qada' puasa Ramadan adalah lebih utama. Hal ini dijelaskan menerusi sebuah hadis Qudsi yang bermaksud: "Dan tidaklah hampir kepada-Ku seseorang hamba dengan apa jua pun, maka yang lebih Aku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu (wajib) ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin mendampingi-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya." (Hadis riwayat Bukhari). Menurut Syeikh Muhammad ibnu Soleh al-'Uthaimin, puasa sunat tidak boleh ditunaikan melainkan sempurna puasa wajib iaitu puasa Ramadan. Keadaan itu disandarkan melalui hujah berasaskan kepada sabda Rasulullah ketika menyatakan kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal. Sabda Nabi yang bermaksud: "Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian diikuti dengan enam hari dari bulan Syawal, maka ia (pahala puasa) adalah seperti puasa setahun." (Hadis riwayat Muslim). Justeru, sementara masih ada lagi masa berbaki sebelum tiba Ramadan, gunakan peluang ini untuk qada' puasa Ramadan yang lalu. Ia boleh dijadikan medan latihan sebelum kedatangan Ramadan kelak. Latihan berpuasa sebelum kedatangan Ramadan dapat memberi isyarat awal kepada anggota tubuh badan untuk berehat daripada aktiviti makan dan minum.


Malah, lebih penting ia dapat mendidik nafsu memenuhi tuntutan Allah. Saidatina Aisyah memberi contoh kepada kita bahawa amalan menunaikan qada' puasa Ramadan pada bulan Syaaban iaitu hampir kepada datangnya Ramadan adalah dibolehkan dalam Islam. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: "Kewajipan ke atasku untuk puasa (qada') daripada puasa bulan Ramadan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang bulan Syaaban." (Hadis Riwayat Muslim). Anas berkata, Rasulullah ditanya: "Apakah puasa yang afdal selepas puasa Ramadan?" lalu Baginda menjawab: "Puasa di bulan Syaaban iaitu untuk memuliakan Ramadan." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi). Justeru, kita perlu berusaha melatih diri mengamalkan ibadat puasa sunat sebelum tibanya Ramadan. Bagi mereka yang masih belum lagi menunaikan qada' puasa Ramadan yang lalu, lunaskan hutang Allah itu segera. Menurut mazhab Syafie dan juga jumhur ulama, bagi mereka yang gagal menunaikan qada' puasa Ramadan yang lalu sehingga tiba Ramadan berikutnya, mereka wajib membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari tidak berpuasa, di samping kewajipan menunaikan qada' puasa yang masih lagi tertanggung di atas bahunya.


Jadi sme2 la pose ni kite berusaha kearah kebaikan...dari yg buruk kepada baik...
Insyallah....
Mari sme2 cari feel puasa yg sebenarnya...